VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MATLAMAT
Sekolah Kebangsaan Sagil Kampong, Sagil, Tangkak, Johor berhasrat membolehkan murid:
1.
Menguasai Bahasa Melayu dengan
memuaskan sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi
negara.
2.
Menguasai kemahiran asas bahasa
iaitu bertutur, membaca dan menulis di dalam bahasa penghantar sekolah-sekolah
rendah.
3.
Menguasai asas yang kukuh dalam
kemahiran mengira.
4.
Menguasai kemahiran-kemahiran
belajar berlandaskan kemahiran asas.
5.
Berupaya memahami, membaca,
menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai
bahasa kedua.
6.
Membina sikap dan perlakuan yang
baik berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima dan
dihargai masyarakat berlandaskan Rukunegara, serta menjadikan asas bagi amalan
hidup.
7.
Mempunyai pengetahuan, kefahaman,
minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.
8.
Bergaul, menghargai hak dan
kebolehan orang lain dan mempunyai semangat kerjasama dan toleransi.
9.
Mengembangkan bakat, daya
kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta
mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas
yang telah dikuasai.
10. Meminati, memahami, menikmati dan menyertai
aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.
Sekolah Kebangsaan Sagil Kampong,
terletak di Jalan Imam Saat, Kampung Sagil Parit 3. Kedudukannya kira-kira 12
kilometer dari Bandar Tangkak dan 7 kilometer dari Gunung Ledang.Ia mula dibina
pada tahun 1939 apabila masyarakat kampung pada masa itu secara bergotong
royong membina bangsal berukuran 20kaki X 40kaki di Kampung Sagil Parit Satu.
Walau bagaimanapun sewaktu Perang Dunia ke 2 meletus, sekolah ini terpaksa di
tutup.
Pada tanggal 15 April 1951
Penolong Pegawai Daerah pada masa itu telah mendapat sokongan daripada
orang-orang kampung untuk membangunkan sekolah di atas tanah lot seluas
5A.3R.5p di Kampung Sagil Parit Tiga. Ia lebih dikenali pada masa itu dengan
nama Sekolah Rakyat. Ia telah mula beroperasi dengan 70 orang murid dan 3 orang
guru. Guru Besar yang pertama ialah Tn Hj Mustapha bin Hj Meon.(Allahyarham)
Pada tahun 1964, kerajaan telah
membina sebuah rumah guru dan sebuah bangunan (berukuran 30kaki X 300kaki)
mengandungi 6 bilik darjah, sebuah pejabat Guru Besar dan sebuah setor. Upacara
perasmian bangunan ini telah disempurnakan oleh YB Mohd Khir Johari, Menteri
Pelajaran pada masa itu.
Pada tahun 1975 Kerajaan telah
membina sebuah lagi bangunan berukuran 30' x 80' yang mengandungi 3 buah bilik
darjah. Tahun ini juga sebuah kantin berukuran 40'x80' dibina. Pada bulan
November 1981- Bangunan lama yang dibina dalam tahun 1959 telah dirobohkan dan
digantikan dengan bangunan baru 2 tingkat yang berukuran 30' x 180' yang
mengandungi 6 bilik darjah, pejabat bilik Guru Besar, bilik guru dan sebuah
bilik perpustakaan. Tahun 1999 - Satu blok bangunan tiga tingkat di bina
mengandugi bilik guru,bilik muzik, makmal komputer, makmal sains, bengkel
kemahiran hidup, perpustakaan dan bilik tayangan .
Tahun 2004 Pembinaan Makmal
Komputer TMK dijalankan dan pada tahun 2012 Surau sekolah siap dibina dan
dirasmikan oleh Dato Hj A Ghani bin Othman (Menteri Besar Johor pada waktu itu).
Seterusnya pada tahun Tahun 2012 Pembinaan Dewan Ibu Sina dimulakan dan siap
pada tahun yang sama
LENCANA SEKOLAH
Dalam lencana ini dipaparkan objek-objek seperti buku,
mata pen dan garisan nombor yang melambangkan matlamat KSSR iaitu membaca,
menulis dan mengira. Rebung buluh yang telah dilentur dan tunas pokok yang baru
tumbuh daripada mata tunas menggambarkan bahawa daripada peringkat kanal-kanak
hedaklah dibentuk dan hendaklah dijaga atau diasuh sehingga membuahkan
kerajaan.
BENDERA SEKOLAH
Bendera sekolah mengandungi warna merah melambangkan semangat waja dan berani menghadapi cabaran dalam usaha mengejar kejayaan dan cita-cita.
MOTO SEKOLAH
“ ILMU PANDUAN HIDUP
“
IKRAR MURID
Kami murid Sekolah Kebangsaan
Sagil Kampong dengan penuh azam dan berikrar
- Menumpukan sepenuh perhatian
terhadap pelajaran
- Patuh pada peraturan-pertauran sekolah
- Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan di dalam apa jua bidang yang kami ceburi
- Berakhlak mulia dan berdisiplin
- Menghormati guru, ibu bapa, orang dewasa dan keluarga
- Mengunjung prinsip-prinsip Rukun Negara
- Patuh pada peraturan-pertauran sekolah
- Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan di dalam apa jua bidang yang kami ceburi
- Berakhlak mulia dan berdisiplin
- Menghormati guru, ibu bapa, orang dewasa dan keluarga
- Mengunjung prinsip-prinsip Rukun Negara
LAGU SEKOLAH
Di sini tekad bermula
Mencapai Segala Cita
Di sini tekad bermula
Mencapai Segala Cita
Berwawasan Rajin Berusaha
Cemerlang Milik Bersama
Ilmu Itu Panduan Hidup
Cogan Kata Azimat
Ibu Bapa dan Juga Guru
Saling Berganding Bahu
Satu Tujuan Satu Harapan
Lambang Warga Bersepadu
Ilmu Dituntut Agama Dijunjung
Rukun Negara Kami Dukung
Harapan Kami Tinggi Menggunung
Harapan Kami Tinggi Menggunung
Harum Namamu SKSK Maju
No comments:
Post a Comment