Minit Mesyuarat HEM 1


SEKOLAH KEBANGSAAN SAGIL KAMPONG
MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID (AWAL TAHUN)      BIL :1/2018

Tarikh              : 28 DISEMBER 2017           
Masa               : 10.50 PAGI
Tempat            : BILIK SARANA SKSK
Pengerusi        : En Nor Azman bin Salleh
Kehadiran        : 33/35

  1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1  Mengucapkan terima kasih dengan kehadiran guru-guru.
1.2  Mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa 2017 yang telah bertungkus-lumus menjayakan program di bawah HEM.

  1. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT  YANG LALU
2.1. Dibentang oleh                                         : Pn Jazimah binti Ibrahim
2.2. Dicadang untuk disahkan oleh                : Pn Khoirussyakiroh binti Salimin
2.3. Disokong untuk pengesahan oleh           : Cik Hafiza Husna binti Kamarudin

  1. PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada perkara berbangkit

  1. PERBINCANGAN KERTAS KERJA (JIKA ADA) DAN FOKUS MESYUARAT:
4.1.        Pembentangan visi HEM iaitu Ke arah Pengurusan Hal Ehwal Murid yang berkualiti dan Sistematik dan misi HEM iaitu Melahirkan warga SK Sagil Kampong yang berintegriti yang berteraskan pengurusan yang berkualiti.
Makluman: Semua guru

4.2.        Pembentangan objektif HEM supaya dapat dicapai yang berfokuskan murid.
4.2.1.    Ke arah pengurusan yang cemerlang berteraskan kesungguhan, kecekapan dan keperihatinan yang tinggi.
4.2.2.    Mengamalkan budaya kerja yang sistematik berbantukan ICT.
4.2.3.    Membina permuafakatan yang erat dalam setiap peringkat.
Makluman: Semua guru


4.3.        Pembentangan Sistem Pengurusan Kualiti.
4.3.1.    Keutamaan kepada kepuasan hati pelanggan luaran dan dalaman.
4.3.2.    Langkah pencegahan dan bukan mengatasi masalah sesuatu peristiwa berlaku.
4.3.3.    Kajian secara berterusan ke atas proses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan.
4.3.4.    Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan betul pertama kali dan setiap kali.
4.3.5.    Mementingkan penyimpanan rekod berkualiti untuk membuktikan tindakan yang  telah dilaksanakan.
Makluman: Semua guru

4.1.Persiapan dan Persediaan Awal 2018.
4.1.1.    Persiapan Kelas.
4.1.1.1.1 meja 1 kerusi  untuk satu murid . Meja dan kerusi yang berlebihan dikeluarkan dari kelas dan pekerja akan memindahkannya ke stor sementara ( tandas tingkat  3 Blok D).
Tindakan: Guru kelas

4.1.1.2. Pn Rosliza memaklumkan bahawa lantai Kelas Tahun 5B juga perlu dibaik pulih.
Tindakan: Nor Azman
4.1.1.3.En Yuzaimi mencadangkan kelas-kelas yang selalu dicemari dengan najis kucing dipasangkan grill tingkap bagi mengelakkan dimasuki kucing.
                                                                                                      Tindakan: Nor Azman

4.1.2.    Perhimpunan Ringkas pada 1 Januari 2018.
Tindakan : Guru Bertugas mingguan

4.1.3.    Budaya memberi salam dipertingkatkan.
Tindakan: En Mohd Fadzil

4.1.4.    Buku Kedatangan Murid. Nombor Pendaftaran Murid perlu ditulis pada setiap bulan.
Tindakan: Semua guru kelas

4.1.5.    Buku Laporan Harian perlu dilengkapkan.
Tindakan: Guru Bertugas Mingguan
4.1.6.    Buku Laporan Perhimpunan Mingguan perlu dilengkapkan. Ucapan guru bertugas berdasarkan tema yang telah disediakan dalam Jadual Bertugas Guru Mingguan.
Tindakan: Guru Bertugas Mingguan

4.1.7.    Rancangan Makanan Tambahan bermula pada 1 Januari 2018 untuk murid Tahun 2-6 seramai 55 orang. Kehadiran murid dicatat.
Tindakan: Pn Siti Halawaiah

4.1.8.    Borang Data Murid (SMM). Perlu dikumpul pada minggu pertama.
Tindakan: En Muhidzir dan semua guru kelas

4.1.9.    Fail Peribadi Murid. Guru kelas tahun 2017 perlu melengkapkannya sebelum diserahkan kepada guru kelas yang baru untuk Tahun 2018.
Tindakan: Semua guru kelas Tahun 2017

4.1.10.  Murid pindah masuk ke sekolah kita seramai 13 orang. Guru kelas sila semak semula pencapaian murid baru sama ada layak atau tidak berada di kelas tersebut.
Tindakan: Semua guru kelas

4.2.Pembentangan Jawatankuasa HEM 2018. Semua penyelalaras unit perlu mengadakan mesyuarat unit kali pertama sebelum berakhir bulan Januari terutama unit yang memerlukan tindakan awal seperti unit disiplin, pengawas, RMT, kantin,kawalan kelas dan sebagainya. Agenda mesyuarat mestilah membincangkan Program untuk Tahun 2018. Bidang tugas setiap unit adalah seperti yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah 2018 yang diedarkan pada 26 Disember 2017.
4.2.1.    Unit Disiplin. Sila sediakan buku Rekod Murid Datang Lewat dan membantu GPK HEM mengisi data dalam sistem SSDM.
Tindakan : En Muhamad Alif

4.2.2.    Unit Pengawas membantu Unit Disiplin menguatkuasa disiplin sekolah dan menyelaras pengawas-pengawas sekolah. Sila sediakan Kad Kebenaran Keluar Kelas untuk setiap guru dan Kad Kebenaran Keluar untuk bilik-bilik khas.
Tindakan: En Md Mustahir

4.2.3.    Unit SPBT. Sila pastikan semua murid mendapat bekalan 1 set buku teks.
Tindakan: En Mohd Azmi

4.2.4.    Unit Kebajikan. Sila rancang program yang boleh mengumpul dana untuk kebajikan murid.
Tindakan: Pn Raerzyyah

4.2.5.    Unit Kantin Sekolah. Sila pastikan kantin berada dalam keadaan yang kondusif terutama dari segi meja dan kerusi.
Tindakan: Pn Radiyah

4.2.6.    Unit Kesihatan. Sila paparkan posteryag berkaitan dengan kesihatan.
En Muhidzir mencadangkan pemeriksaan mata murid dijalankan lebih awal untuk mengenalpasti tahap rabun murid bagi memudahkan penyusunan kedudukan murid di dalam kelas.
                                                                                                Tindakan: Pn Hasmawati

4.2.7.    Unit Bimbingan Kauseling.
Tindakan: En Mohd Fadzil

4.2.8.    Unit Keselamatan. Program yang dirancang perlu lebih meluas bukan hanya berfokuskan kebakaran sahaja contohnya  keselamatan longkang, tandas, tangga dan sebagainya sahaja. Labelkan kawasan merbahaya. Sila buat senarai semak bilik-bilik yang memerlukan pemadam api.
Tindakan: En Abd karim

4.2.9.    Unit Bebas Denggi.
Tindakan: Pn Maziah

4.2.10.  Unit Keceriaan dan Kebersihan.
Tindakan: Pn Idayatul

4.2.11.  Unit Rancangan Makanan Tambahan. Buku Rekod Kehadiran Murid. Borang C perlu diletakkan. Program bagi memurnikan perjalanan RMT sewaktu rehat.
Pn Hasmawati meminta pengurusan RMT mengikut prosedur yang betul.
                                                            Tindakan: Pn Siti Halawiah

4.2.12.  Unit PS1M. Buku log perlu disediakan.
Tindakan: Pn Nur Anisza

4.2.13.  Unit APDM. Memastikan data murid-murid baru dimasukkan dalam sistem.
Tindakan: En Muhidzir

4.2.14.  Unit Lawatan. Rancang program sepanjang tahun.
Tindakan: Cik Hafiza Husna

4.2.15.  Unit Kawalan Kelas. Kad Kebenaran Keluar kelas perlu disediakan ( 4 kad setiap kelas). Perubahan pada AJK iaitu Pn Rosliza ditukar kepada Pn Darul Rizah.
Tindakan: Pn Darul Rizah

4.2.16.  Unit Pencegahan Dadah. Buku IMFree akan diletakkan di Bilik Kesihatan.
Tindakan: Pn Norjuwita

4.2.17.  Unit Pengurusan Dewan. Memastikan dewan diselenggara dengan baik.
Tindakan: En M.Khairul Anuar.

5.    HAL-HAL LAIN
5.1. Pengerusi memaklumkan Program Kembali Ke Sekolah anjuran Y.B Datuk Ir. Hj. Hamim bin Samuri pada 23 Disember 2018 melibatkan 16 orang murid sekolah kita telah berjalan lancar.
Makluman: Semua guru

5.2.Pengerusi memaklumkan peraturan memaparkan lencana (berada di sebelah kiri) dan tanda nama murid adalah mengikut peraturan sekolah.
Tindakan: En Muhammad Alif

5.3. En Yuzaimi mencadangkan salah laku disiplin dicatat dalam  Buku Rekod Salah Laku dalam Buku Rekod Kawalan Kelas untuk tindakan unit disiplin. Kesalahan disiplin juga boleh dirakam sebagai bahan bukti. Cadangan diterima.
Makluman: Semua guru

5.4. En Yuzaimi meminta bekalan buku teks Tahun 2 diserahkan seawal pagi di dalam kelas tanpa melibatkan murid mengambilnya di bilik BOSS.
Tindakan: Pn Nor Jannah, Pn Nismawati dan En Abd Karim

6. PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ahli mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat berikutnya.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari.

Disediakan oleh,                                                                    
JAZIMAH BINTI IBRAHIM                                        
SETIAUSAHA HEM                                                              
SEK KEB SAGIL KAMPONG                       


28 Disember 2017.                             

No comments:

Post a Comment